TIPS AJAR ANAK BIJAK ILMU KEWANGAN
Ilmu kewangan sering dikaitkan dengan pelajaran matematik, ini kerana ia melibatkan proses penambahan dan penolakan. Ramai kanak kanak tidak gemar apabila melibatkan penggunaan "nombor" dan "angka". Namun ianya masih harus diajar dan dipraktikkan kerana ilmu kewangan melibatkan penggunaan dalam kehidupan seharian. Tips anak bijak kewangan harus di ketahui semua ibu bapa
TIPS MUDAH AJAR ANAK ILMU KEWANGAN
Cuti sekolah ni pasti banyak aktiviti yg dijalankan dgn anak -anak kan? Dalam banyak2 - banyak aktiviti tu mesti ada aktiviti yang mendekatkan diorang dengan dunia kewangan dan bisnes kan?. Disini kakmar nak kongsikan tips yang mudah untuk ibu bapa diluar sana.
Belum ada anak lagi? Takpe, cari ilmu dahulu supaya senang nak praktikkan .
.
Kakmar kalau bab makan ,bab jenjalan dengan family memang paling happy. Bak kata pepatah moden, " bila perut kenyang hati pun senang" .
Kak mar biasanya bila lepas makan atau beli barang. Kak mar akan bagi duit pada anak untuk bayarkan. Tapi mesti dengan pantauan. Jangan beri dan tinggal. Tak jadi macam tu.
Apa kebaikannya?
Bila kita bagi anak kita bayar. Diorang akan tengok nilai yang kita bagi, disitu akan berlaku soal jawab. Dan minda diorang pun lebih terbuka. Dalam keadaan tu mereka akan terus melakukan aktiviti pengiraan dengan sendirinya tanpa paksaan. Selain itu Kak mar juga akan ajar diorang lepas dapat baki duit kira dahulu. Secara tak langsung mengajar mereka lebih panda dan terbiasai mengira angka matematik.
Ilmu melibatkan Kewangan ni kita tak boleh ajar anak anak melalui teori je. Tapi kena melalui kaedah praktikal.
Satu lagi bila beli something untuk diorang,tak kiralah mainan atau apa aje kak mar akan sentiasa tanya, barang tu perlu atau tak,penting atau tak. Jika benda tu boleh jadi pembaziran jangan ambil,atau beli. Kak mar akan bagi mereka pilihan yang mana diorang nak pilih.
Dan automatik diorang akan buat decision sama ada perlu ambil atau tak. Diorang akan ambil benda yang betul diorang akan guna sahaja. Alhamdulillah,so far memang banyak perkara dan hasil positif sejak ajar anak anak kaedah macam ni.
Bila diorang dah terbiasa insyaAllah mereka lebih pandai merancang. Mereka juga akan lebih peka di Antara keperluan dan kemahuan.
Ulasan
Catat Ulasan