REVIEW SET BERSALIN TERBAIK UNTUK IBU BERPANTANG

Set bersalin dan ibu yang berpantang memang tidak dapat dipisahkan. Seringkali bagi ibu hamil terutama yang baru first time  melahirkan anak . Pastinya set bersalin dan berpantanglah sesuatu yang sukar untuk dibuat pilihan.. Yelah sekarang ni bermacam jenis dan jenama set berpantang di pasarankan, macam cendawan yang tumbuh selepas hujan gitew. Dah tu pula, sesetengah set berpantang ni harganya boleh tahan mahal kalau complete satu set. Ada yang cecah ribu riban..huhuhu, paling sadis dahla beli mahal tapi nak pakai sampai habis tak dapat pula. Membazirkan? .



Betul ke mahal Set bersalin ni?.


Memang betul kebanyakannya set bersalin ni dihasilkan dari bahan atau herba herba yang sukar dicari, oleh itu ia memerlukan kos yang tinggi.

Tapi itu kita letak tepi dahulu. Yang paling penting adalah set bersalin yang macam mana ibu ibu harus pilih. Set bersalin akan memberi impak yang sangat besar buat ibu yang berpantang. Ini kerana semasa tempoh berpantanglah kita merawat tubuh kita untuk kembali sihat,bertenaga dan normal seperti sediakala.
Set bersalin yang bagus dan terbaik mampu membuatkan ibu kembali bertenaga dan sihat tanpa kesan sampingan pada ibu dan mudharat pada bayi.

Dalam entry kali ini, mar akan kongsikan pengalaman mar yang sebelum ini. yang mana dahulunya semasa mar hamil anak pertama , mar juga mengalami dilema untuk memilih set bersalin mana yang hendak digunakan. Malah ketika hamil ank kedua pun perkara yang sama juga berulang.. Duk try and error jer, at the end tak habis makan. Sebab tak makan habis tu adalah, Lepas bersalin tu anak ma mengalami jaundis. Normallah kalau selepas 2,3 hari kelahiran bayi akan mengalami masalah jaundis ataupun demam kuning.
Disebabkan itu segala jenis pengambilan jamu mahupun herba yang bersifat panas perlu dihentikan supaya jaundis bayi tak jadi semakin tinggi dan teruk.

Jaundis yang lama pada bayi akan memberikan kesan yang negatif pada kesihatan bayi. Sebab tulah ibu perlu sangat berhati hati dan teliti. Jangan sebab nak jaga diri sendiri sangat sampai kesihatan bayi diabaikan.


Jadi Mar akan share set bersalin apa yang mar pernah guna serta set mana akhirnya menjadi pilihan mar semasa berpantang supaya boleh menjadi panduan untuk ibu yang bakal berpantang nanti. Apapun entry ini adalah berdasarkan daripada pengalaman mar menggunakan set set bersalin tersebut. Ibu ibu bolehlah membuat rujukan dan perbandingan sebelum membeli set berpantang pilihan ibu.


1.SET BERSALIN AIR MANCUR




Set bersalin air mancur ni mar beli sewaktu hamil anak pertama iaitu pada tahun 2009. Harga pasaran masa tu bawah Rm100. Mar beli set ni di mydin mall kuala terengganu. Sebab mar pilih set ni sebab terpengaruh tengok mak saudara yang baru bersalin menggunakan set ni. Katanya best.. Jadi mar pun belilah tanpa berfikir panjang. Sekarang ni zaman GST tak tahulah berapa, korang boleh survey  di mall dan pasaraya berdekatan.

Almaklumla, anak pertama katakan..memang zero knowleage la...huhu, banyak yang tak tahu. tentang jaundis anak. dulu pun xmainlah google google info ni.. hentam keromo jer sebab tulah banyak pembaziran berlaku..ngeeeee.....

Set ni senang er nak guna sebab dah siap dipackkan mengikut harikita berpantang. Just ikut jer nombor yang dilistkan. di kotaknya pun disertakan cara pengambilan yang betul. Set ni memang berasaskan dari herba dari pill makan hinggalah pilis yang buat sapu kat dahi tu. Sebabkan ianya dihasilkan dari herba dan akar kayu. adinya bila mar makan ia memberi efek panas dalam bukan sahaja pada mar malah pada bayi. Yerlah bayikan menyusu badan jadi kesannya juga disalurkan pada baby.

Mar makan after seminggu lepas bersalin mar mula ambik.Kesannya mar jadi pening, pening lalatla kata orang, lepastu ummi mar cuba tampal pilis pada dahi, konon nak hilangkan pening tu, tapi makin menjadi pening tu..huaa..siap menangis lagi..

Walaupun minum air masak dengan kerap tetap juga pening. Akhirnya setelah penat mencuba tapi tak jadi jadi juga. Tak nak burukkan keadaan lagi ummi mar suruh stop makan. Maka konklusinya terhentilah perjalananku bersama air mancur..kahkahkah...


2. SET BERSALIN MAHARANI.



Set bersalin ni Ummi mar yang belikan selepas 2minggu mar stop makan set bersalin air mancur. Ummi mar beli di kedai sensei. Kesian lihat anaknya berpantang tanpa makan apa apa ubat. Macam mana nak cepat sihatkan. Asalnya ummi ke kedai sensei nak beli herba mandian nak turunkan kuning bayi, tengol tengok balik bawa set bersalin sekali. Bukan tu ajer ummi juga belikan tonik pati ikan haruan. Fish Essence namanya. Brand tak ingat jenis apa.

Set bersalin maharani ni senang jer nak telan sebab kecil kecil ajer macam manik gitu.. Mar start minum fish essence dulu. Rasanya tak berapa nak sedapla, hanyir gitu.. tapi sebab nak sihat ku telan jua.

Mar start makan set maharani bila anak dah bebas jaundis, sampailah habis pantang, Alhamdulillah mar takde masalah pening lepas makan. Jadi takdelah berlaku pembaziran. Kesan makan Set ni biasa biasa ajer bagi marlah. Sebab masani mar dah campur dengan pati haruan juga jadi tak dapat nak bagi feedback yang lelebih.

Set bersalin maharani ni dicampur dengan ginseng, jadi ada juga kesan panas tu, bergantung pada tubuh korang boleh terima atau tak. Tapi pastikan ambil air masak yang cukup lepas makan pil ni. kalau tak alamilah rasa pening kepala. Tapi kesannya taklah drastik macam makan air mancur tu. makan sekejap dah rasa pening, macam maharani ni kesannya secara perlahan. Ok juga bagi mar, Mar bagi #3 bintang..hehehe.

Harganya pun tak mahal mana. Masa ummi mar beli range bawah Rm100 juga.

3. SET BERSALIN LEESA FORMULA

 Set bersalin ni didatangkan dalam bentuk box macam ni. Kalau nak lengkap boleh beli atu set siap dengan bengkung sekali. Mar mula cuba set leesa formula ni masa hamil anak kedua. pada tahun 2012. Brand ni mar takdelah beli satu set tau maknanya full set, sebabnya serik pengalaman anak pertama, so taknak berlaku pembaziran..kekekke... Risau kot tak sesuai lagi. Oneday mar pergi survey harga kat kedai jamu dibandar Kuala Terengganu. Masa tu mar pergi di kedai amu Sri Ayu. Cakap punya cakap dengan sales girl, kalau taknak beli satu set boleh beli dalam bentuk loose, Means satu satu.So ma belilah yang betul betul penting dan yang perlu guna waktu berpantang. Oh yer, Mar tahu set ni dari majalah Pa&Ma. adi dah tahu uga sedikit sebanyak kelebihan setiap jenis.
Pilihan Mar adalah Tablet Haruan dan Juga Tablet Prawan. Tablet haruan bertujuan nak sembuhkan luka dalaman dan tablet Prawan pula untuk aset kewanitaan.

Masa baru bersalin mar  hanya makan tablet haruan dahulu, Dalam 20 hari baru mar mula makan tablet prawan. Pada pemerhatian dan pengalaman mar. set ni tak menepati poojaan hatiku...

4. JAMU MAK DARA.



Jamu ni mar beli lepas habis berpantang anak kedua. Maklumla dalaman kenalah jaga. Dah namanya wanita kena lah tip top luaran dan dalaman . Tak nak lah luaran je elok tapi dalaman tak elok. yer tak?.Jamu ni mar berjaya habiskan sebotol. Kesannya badan takdelah sejuk sejuk dan lenguh. Wanita lepas pantang ni masih kena jaga tau, kalau tak badan cepat masuk angin dan mudah kena demam urat. Mar repeat beli botol yang kedua. after  setengah botol mar mula rasa simpton sakit dalam perut. Bukan sikit sikit tapi sampai mengigil. Lepastu Mar stop. Bakinya mar bagi pada kakak mar. Dia makan serasi pula. Ringan badan katanya. Depends pada badan la kot kan. Tubuh mana macam mar kena extra careful kalau tak cepat mudharat. Nasib badan nak buat macam mana kan..Terima seadanya..hehe..syukur.

5. SET BERSALIN SHAKLEE
BAGAIMANA MULA KENALI SET BERSALIN SHAKLEE?
Memula mengenali produk shaklee ni disebabkan penyakit batu karang. Ni pun hasil mengoogle disebabkan tak tahan alami sakit batu karang. Rupanya Sebab ni juga la badan mar tak dapat nak terima apa apa pengambilan jamu dan herba. Silap pengambilan akan jadi makin teruk.

Buat permulaan mar cuma beli dalam bentuk loose, 3 item kesemuaanya. Iaitu Alfalfa complex, Sustained Released Vitamin c dan juga garlic Complex. Alhamdulillah ianya serasi dan penyakit mar mula berkurang. Tapi dalam entry ni mar taknak cerita pasal batu karang, nak cerita pasal set bersalin jer. Kalau nak tahu pasal penyakit batu karang korang just klik je entry ni. Rawatan batu karang.

MULA BELI SET BERSALIN SHAKLEE.



 Kalau korang nak tahu set vitamin shaklee ni bukan sahaja untuk fokus pada ibu bersalin. Tapi pada aspek kesihatan juga. Jika korang ambil dengan cara pengambilan yang betul insyaAllah banyak manfaat yang akan korang dapat.
Set bersalin shaklee ni mar mula beli masa hamil anak ketiga iaitu tahun 2015. Before ni mar dah start makan vitamin shaklee kan. So mar just add on jer mana yang kurang. Vitamin shaklee ni jimat tau  serta tahan lama. contoh sustaned released vitamin c tahan untuk penggunaan selama 6bulan. lama giler kan..hehe.. sekali beli jer tahan 6bulan. Satu lagi vitamin shaklee sesuai untuk seisi keluarga, lelaki perempuan boleh ambil. Mar siap share dengan Mr. Hubby lagi tau.

Vitamin shaklee ni korang tak perlu risau keselamatnya, sebab company shaklee menjalankan berpuluh puluh ujian kualiti keatas produk mereka setiap tahun untuk memastikan hanya yang terbaik dan selamat dipasarkan kepada pengguna.

Yang mar suka pasal vitamin shaklee ialah, aspek semulajadi.Vitamin shaklee merupakan vitamin semulajadi bukanlah sintetik. 


FUNGSI  SETIAP VITAMIN DALAM SET BERSALIN SHAKLEE



ESP

 

√sarapan dan snek berkhasiat untuk kawal pemakanan

√Sumber protein untuk meningkatkan proses penyembuhan luka dan tak menjadikan keloid√memberi tenaga segera
✅membantu ibu mendapatkan berat ideal
.
VITAMIN C

√membantu mengelakkan jangkitan luka ✅meningkatkan imunity tubuh ibu dan mengelakkan demam dan rengat
✅meningkatkan kualiti susu ibu dan imun anak
✅membantu menambah darah
 .
ALFALFA
✅sebagai jamu moden untuk mengecutkan rahim
✅membantu mengeluarkan lebihan darah beku
✅mengelakkan rengat
✅menyegarkan tubuh ibu
✅meningkatkan susu ibu
✅sebagai fiber untuk melawaskan sembelit
✅mengelakkan badan berangin
✅mengelakkan kembung bagi anak menyusu
.
OSTEMATRIX
✅sumber kalsium
✅melegakan lenguh2 badan dan sakit2 di kawasan peranakan akibat proses bersalin
✅melegakan sakit kepala
✅menggantikan susu bagi ibu yg tak minum susu
✅membantu melawaskan najis
.
VITALEA
✅memberi tenaga segera
✅membantu menambah darah dengan cepat
✅menyerikan wajah pucat
✅sebagai multivitamin bagi yg kurang makan sayur dan buah
.
BCOMPLEX
✅sebagai anti stress bagi mengelakkan kemurungan
✅memberi tenaga tambahan
✅berfungsi meningkatkan darah
.
OMEGA
✅berkesan untuk melancarkan aliran susu
✅mengelakkan bengkak susu
✅meningkatkan imuniti bayi menyusu dan juga ibu

LECITHIN

√membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.

√Membakar lemak yang berlebihan  dalam badan ibu

√membantu ibu mengatasi masalah Lupa atau “short memory” yang
   biasa dilalui selepas melahirkan

.√Membantu menyalurkan inositol dan Kolin di dalam susu Ibu untuk   
     perkembangan otak bayi .

Diharapkan penerangan mar dapat membantu dan memudahkan urusan para ibu untuk memilih set bersalin. Jika ibu berminat nak cuba set bersalin dari shaklee jangan lupa hubungi mar ditalian dibawah. Boleh secara Whatsapp atau terus call.

Salam sayang
📲0139077158
Kakmar
#shakleemalaysia
#shaklee
#shakleeganu





Ulasan

Catatan Popular