KENALI PETANDA AWAL PENYAKIT

PETANDA AWAL PENYAKIT YANG HARUS DIPERHATIKAN

Pernahkan anda rasa atau sedang mengalami tanda yang disenaraikan dibawah ini ? . Walaupun anda sudah mendapat tidur yang berkualiti selama 8 jam sehari dan telah mendapat waktu rehat yang cukup, namun tubuh masih lagi merasa letih.

Jika "YA" jawapan anda, anda perlu segera cakna kerana ini mungkin petanda awal penyakit yang anda mungkin mempunyai penyakit!.

Tindakan terbaik adalah segera dapatkan pemeriksaan kesihatan. Terutama sekiranya anda mengalami simpton- simpton seperti:

✅Kekeliruan

✅Pening kepala

✅Pandangan kabur

✅Penurunan berat badan

✅Sembelit

✅Insomnia

✅Kemurungan

✅Sakit kepala
Dan lain lain lagi yang anda rasakan.

Antara penyakit yang perlu anda ketahui jika anda mempunyai simpton keadaan yang dinyatakan tadi.

1) Penyakit 'Coeliac'

Penyakit Coeliac merupakan sejenis penyakit alahan makanan. Petanda awal penyakit ini , Di mana badan akan bertindakbalas dengan teruk apabila anda makan makanan mengandungi gluten. Gluten merupakan bahan yang terdapat didalam roti, kek, dan bijirin.

Namun begitu kebanyakan yang diantara kita tak mengetahuinya. Selain daripada merasa keletihan. Gejala- gejala lain atau petanda awal penyakit ini ialah:

✅Cirit birit
✅anemia
✅Penurunan berat badan

2) Anemia

Petanda awal penyakit ini pula adalah, Mudah merasa letih merupakan tanda yang paling mudah dikenalpasti diri anda mengalami anemia kerana ia berkaitan dengan masalah kekurangan zat terutama zat besi .

Apabila anda mengalami anemia , anda  akan merasa malas untuk melakukan apa-apa aktiviti atau kerja kerana otot akan merasa berat. Oleh sebab itu kita akan merasa cepat letih.

Anemia amat bahaya terutama bagi ibu yang sedang hamil. Wanita yang mengalami haid yang banyak dan wanita hamil lebih mudah terdedah kepada anemia. Ini kerana sewaktu dalam keadaan hamil wanita akan berkongsi zat dan nutrisi dengan janin yang dikandung. Janin memerlukan zat serta nutrisi yang cukup untuk proses tumbesaran yang sempurna.

Selain itu, masalah ginjal juga boleh menyebabkan terjadinya anemia.

3) Apnea tidur

Keadaan dimana anda akan merasa kerongkong menjadi sempit atau tertutup sewaktu sedang tidur. Ia kadangkala akan berulang hingga menganggu pernafasan ketika tidur.

Apabila berlaku ia akan mewujudkan dengkuran. Apabila anda berdengkur dengan kuat tahap oksigen dalam darah akan menurun.

Apabila kesukaran bernafas terjadi, anda akan kerap terjaga pada waktu malam. Kesannya pada hari berikutkan akan menyebabkan anda letih.

Masalah ini sering dialami oleh lelaki yang berada pada usia pertengahan, yang mana mengalami berat badan berlebihan, sering keletihan, stress, ada tabiat merokok dan minum alkohol. Ini akan menyebabkan masalah semakin teruk.

4) Kekurangan Hormion tiroid

apabila kelenjar tiroid tidak aktif ia bermaksud anda mempunyai hormon tiroksin yang sedikit. Ia akan menyebabkan anda berasa cepat letih. Selain itu,keadaan ini juga menyebabkan kenaikan berat badan dan juga kesakitan otot.
Wanita serta mereka yang berusia merupakan golongan yang mudah terkena penyakit ini.

5) Diabetes tanpa sedar

Antara simpton diabetes adalah seperti, kencing kerap, cepat dahaga dan badan terasa cepat letih dan lemah. Diabetea yang tidak terkawal boleh menyebabkan kepada pemotongan anggota badan. Serta boleh mengancam nyawa.

6) Lemah Jantung.

Keletihan sebenarnya bukanlah tanda awal untuk penyakit jantung . Tetapi sekiranya anda merasa letih keterlaluan terutama selepas melakukan aktiviti yang ringkas maka anda harus dapatkan pemeriksaan kesihatan dengan segera.
Rawatan awal boleh mengurangkan risiko serangan jantung yang serius.

7) Jangkitan kuman air kencing (UTI)

Simpton yang dialami lebih kepada sakit semasa ketika kencing dan kerap ke tandas. UTI juga berlaku disebabkan jangkitan bakteria yang disebabkan amalan penjagaan faraj yang tidak sihat.

Hubungan seks juga merupakan sebab jangkitan kuman menjadi semakin serius. Ini kerana kuman dari faraj mungkin ditolak masuk ke dalan saluran kencing semasa seks.

8) Kebimbangan

Rasa cemas yang tidak melampau adalah normal. Namun begitu, ianya menjadi tidak normal sekiranya sesetengah individu itu tidak dapat mengawal rasa cemas tersebut, hinggakan boleh menganggu kehidupan harian mereka.
Masalah ini dipanggil gangguan kebimbangan umum ( GAD).
Individu yang mengalami GAD akan cenderung untuk lebih merasa bimbang, marah dan sering keletihan.

Sekiranya anda merasa anda antara golongan yang merasakan simpton diatas segeralah bertindak.

Antara vitamin shaklee yang boleh diamalkan untuk memberikan tenaga serta mengatasi masalah anemia dan insomnia adalah seperti, Vitalea, B complex, ostematrix, vivix.

Dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.

Hubungi saya untuk rundingan kesihatan secara percuma, serta pembelian dan cara permakana vitamin dengan betul.

Whatsapp: 013-907-7157
Add FB saya: Akmal Mustafa

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya.

Happy reading uolls..😉

-Health is Happiness-

Ulasan

Catatan Popular