BEZA KAEDAH BERPANTANG 3 BUDAYA BAGI IBU BERSALIN




Berpantang memang sinonim dengan ibu yang baru bersalin. Ini kerana berpantang bertujuan mengembalikan fizikal,emosi serta keadaan ibu seperti sediakala, iaitu sebelum melahirkan bayi. Namun begitu kaedah berpantang juga berbeza beza mengikut budaya, kaum dan keturunan. Ini kerana setiap bangsa mempunyai keunikannya yang tersendiri. Namun begitu matlamatnya adalah sama iaitu ntuk menjaga kesihatan  Ibu.


PILIHAN CARA BERPANTANG BUDAYA MELAYU, INDIA ATAU CINA ?

Amalan ibu berpantang bagi ibu tak kira apa sekalipun bangsa dan keturunan memang tetap ada
. Namun ia mungkin berbeza dalam kaedah permakanan dan penagaannya. Disini Mar perincikan beza dan perbezaan berpantang mengikut bangsa iaitu melayu , india, dan juga cina.



KAEDAH BERPANTANG MELAYU 

Rutin ketat, Hasil memuaskan.

 

1- Urutan

 

 

Mengurut bertujuan bagi melancarkan peredaran darah dan mencergaskan badan. Urutan juga bertujuan untuk melancarkan perjalanan susu badan  ibu bersalin. Biasanya urutan dilmulakan 3 hari selepas bersalin. Semasa tempoh berpantang, amalan mengurut ini tidak boleh dilewat lewatkan, ini kerana ibu akan mula merasa sengal sengal badan sekiranya tidak diurut dalam tempoh ini.

Bahagian badan yang biasa diurut melibatkan bahagian perut, lengan, pinggang, kaki, belakang badan dan juga kepala.


2- Bertungku

 

 

Amalan berpantang yang lengkap adalah apabila ibu mengamalkan bertungku. Tujuan bertungku adalah bagi membantu mengeluarkan darah kotor dalam tubuh, terutama saki baki darah beku, membuang angin, menyembuhkan luka peranakan, menghangatkan tubuh dan mengecutkan urat yang kembang. Kesan positif yang biasa dilihat dari amalan bertungku ialah, darah nifas keluar dengan lancar iaitu lebih banyak daripada biasa.

Amalan bertungku memerlukan kesabaran serta kesungguhan dan sebaik baiknya ia dilakukan tidak kurang dari 45 minit setiap pagi dan petang selama tempoh berpantang.


3- Bertangas 

 

 

Bertangas bertujuan untuk membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan sistem peranakan, membetulkan kedudukan salur peranakan, dan mengecutkan rahim. Ini sangat poenting bagi membantu menyembuhkan luka dan jahitan dengan segera. Biasanya tenpoh bertangas dilakukan selama setengah jam setiap kali bagi tempoh seminggu  sekali sepanjang tempoh berpantang.



4-Berbengkung

 

 

Amalan berbengkung dalam tempoh berpantang tidak harus ditinggalkan . Ini bagi mengembalikan bentuk badan serta mendapatkanbentuk tubuh yang ramping dan cantik. Ibu perlu memakai bengkung setiap hari selama tempoh berpantang. Terutama ketika waktu makan. Berbengkung dapat mengelakkan masalah perut buncit, ia juga dapat mengembalikan kedudukan peranakan ketempat asalnya.

Terdapat pelbagi jenis bengkung yang sesuai dan mudah bagi ibu berpantang dipasaran. Seperti bengkung tali, bengkung zap atau bengkung cangkuk.



5- Mandi serung atau rempah ratus

 

 

Ibu dalam pantang amat digalakkan mandi dengan menggunakan air rebusan akar kayu dan daun herba dan mandi semasa air suam. Air rebusan tersebut bertujuan melancarkan perjalanan darah, membuang angin dalam badan, dan menghaluskan kulit.

Amalan mandi serung atau herba ini dilakukan pada hari ketiga hingga tujuh hari berturut turut tanpa putus. Antara jenis daun yang biasa digunakkan untuk mandian serung ini ialah daun jambu batu, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pandan, daun halia bara, temu pauh, temulawak. Selain itu,sesetengah amalan perbidanan menggunakan isi halia dan lengkuas untuk dijadikan air rebusan mandian.

Selain mandian serung, mandian bunga juga bagus supaya dapat mengembalikan seri wajah dan meningkatkan kesegaran tubuh.

Jika susah untuk mencari daun  daun segar. Dipasaran kini terdapat sudah daun daun herba yang dipak atau dibungkus khas bagi memudahkan ibu berpantang untuk mengamalkan mandi serung. Ianya masih dalam keadaan baik dan segar.


6-Memakai param dan pilis.


Selain rawatan dalaman, luaran juga perlu dititik beratkan ketika berpantang. Ini seperti memakai param keseluruh badan dan menyapu pilis ke dahi. Tuuan pemakaiannya ialah untuk mengelakkan ibu menjadi pening dan rabun mata. Dalam pada itu, kebaikan memakai param ialah dapat menghaluskan kulit dan menghindarkan angin. Pemakaian herba ini juga dapat mengelakkan ibu dari pening,pitam dan tekanan darah rendah.



7-Minum jamu atau rebusan akar kayu

 

Amalan minum jamu semasa tempoh berpantang  adalah untuk memanaskan badan agar mampu lebih bermaya sepanjang masa. Meminum jamu juga bertujuan mengecutkan rahim denga lebih cepat. Ia juga bertujuan melancarkan darah, mengetatkan alat sulit, melawaskan pembuangan air besar, menghindari keputihan berlebihan serta menyegarkan tubuh. seelok eloknya jamu yang hendak diminum disediakan segar dari rumah. Walaupun selepas habis tempoh berpantang sekalipun amalan ini patut diteruskan.

Namun begitu ibu perlu mengelakkan pengambilannya jika bayi mengalami jaundis.


Ibu berpantang perlu Elakkan:


  1. Keluar rumah dengan sewenangnya, kecuali jika ada keperluan mendesak seperti kehospital.
  2. Membuat pergerakkan pantas atau lasak. Kurangkan pergerakan dan berjalan.
  3. Makan atau minum berlebihan.
  4. Membaca atau melaksanakan kera yang memerlukan tumpuan dan tenaga seperti menjahit, membasuh mangkuk pinggan, pakaian dan seumpamanya. 
  5. Terdedah kepada cuaca sejuk. Elakkan penggunaan penghawa dingin ataupun kipas.


KAEDAH BERPANTANG BUDAYA CINA 

Amalan berpantang budaya cina tidak jauh bezanya dengan budaya melayu. Yang mana mempunyai persamaan dari segi pantang permakanan. Iaitu pantangmakan makanan bersifat "sejuk" serta amalan yang dapat memanaskan badan. Antara lainnya, Ibu yang berpantang dilarang keluar dari rumah kerana  dikuatiri terdedah kepada cuaca sejuk yang akhirnya akan membawa kepada kesakitan.

Dalam bahasa mudahnya, Untuk mengelakkan ibu berpantang  daripada terdedah kepada kuman dan memberi peluang kepada si ibu untuk mendapatkan rehat yang lebih lama.

Menurut konsep berpantang kaum cina, mereka menggunakan konsep yin dan yang.

Masyarakat tradisional cina percaya bahawa semua fenomena mengandungi dua unsur yang bertentangan. Yin dilihat lebih cenderung kepada sifat negatif, pasif, gelap, feminin, dan sejuk. Manakala Yang pula unsur yang ringan, aktif, maskulin, panas dan positif.

Selepas bersalin, Wanita dikatakan cenderung kepada unsur yin. Ini bermaksud wanita berada di peringkat "sejuk" yang berlaku akibat kehilangan tenaga dan darah.

Dalam usaha untuk mengembalikan semula keseimbangan diantara yin dan yang ini. Ibu perlu mengalakkan elemen-elemen sejuk. Oleh kerana itulah, Ibu berpantang dilarang terdedah kepada air, suhu yang sejuk, angin dan penyaman udara. Ibu berpantang juga perlu berpantang dari minuman berais dan makanan sejuk.

Yang menariknya, dalam pantang cina, ibu tidak dibenarkan mandi dan mencuci rambut sama sekali.

 

Angin Punca Penyakit

Tempoh berpantang bagi kaum cina ialah selama 30 hari. Dalam tempoh dua minggu pertama adalah sesi menyingkirkan angin,toksin dan bendasing. Penekanan utama pantang tradisional cina ialah mengekalkan kepanasan badan dan mengeluarkan angin(fang) yang memasuki tubuh sewaktu proses melahirkan bayi.

Senseh cina menegaskan bahawa angin merupakan elemen utama yang boleh menghasilkan kesakitan. Angin yang tidak dibuang sejurus selepas kelahiran bayi akan mengakibatkan kesakitan dan membawa kepada serangan pelbagai penyakit. Seperti Rheumatisme, pening dan sakit  belakang dihari tua nanti.


Makanan Herba banyak membantu

 

Ubat yang biasa digunakan ialah seng Hua Tang. Iaitu sejenis sup herba. Sup ini diambil bagi membuang darah kotor. Selain itu pil Sa Hua juga diambil bagi tujuan menyingkirkan angin dan menghalang ibu berpantang menjadi lemah selepas melahirkan. Dalam itu ibu juga diberi minum minuman yang dihasilkan dari kurma  merah yang direbus bersama dengan ginseng untuk tujuan memanaskan badan.

Daripada segi permakanan pula kebanyakkan masakkan mengandungi halia, minyak bijan, wain merah cina dan cuka. Seperti yang kita sedia maklum, halia adalah makanan yang mampu menimbulkan rasa panas dan berfungsi sebagai agen pembersih.

Sehubungan dengan itu, masyarakat cina percaya kepada dua klasifikasi asas makanan iaitu penyejuk dan pemanas. Mereka juga percaya bahawa makanan yang terlalu sejuk seperti sayuran berdaun, tembikai akan menghasilkan angin, kekejangan otot dan rheumatisme. Dalam pada itu, makanan panas yang berlebihan  seperti daging, rempah ratus munuman keras dan sesetengah buah buahan tempatan seperti durian akan menyebabkan yuet hei (panas badan) . Simpton yang mungkin timbul akibat kepanasan berlebihan ialah seperti kekeringan kerongkong dan bibir.

Antara jenis makanan lain yang kadangkala turut digunakan untuk menyediakan menu berpantang adalah seperti ghizhi, tong kuei dan dang shen. Makanan ini dipercayai dapat meningkatkan peredaran darah dan menggiatkan semula kesihatan.

Selepas dua minggu menjalani sesi pembersihan, perubahan akan dirasai. Kemudian sup Dong guai dan Ba Zhen Tang (Sup lapan herba) perlu diambil sebagai sebahagian daripada sup sup yang biasa diamalkan. Sup-sup ini berfungsi mengaktifkan peredaran darah dan dapat mengembalikan tenaga. Selain itu, sarang burung uga turut  diambil bagi melengkapkan keseluruhan kesihatan tubuh yang diimpikan.



Air Tidak dibenarkan Dalam amalan Berpantang Budaya cina

 

Sepanjang berpantang, ibu hanya dibenarkan menghilangkan dahaga dengan teh yang dihasilkan daripada kurma merah. Air kosong tidak dibenarkan langsung. Untuk mengekalkan kepanasan dan mengeembalikan kesihatan anda perlu meminum sejenis tapai istimewa yang dihasilkan daripada sup ayam, jus halia dan minuman keras.

Dalam tempoh 9 hari selepas bersalin pula, ibu tidak boleh mandi, begitu juga mencuci rambut. Ibu hanya dibenarkan untuk mengelap tubuh dengan tuala yang direndam dalam air suam bagi mengekalkan kebersihan diri.

Hanya pada hari kesepuluh , barulah ibu dibenarkan untuk mandi. Namun harus menggunakan air mandian daripada rebusan halia dan serai. Ini dapat menggelakkan angin daripada memasukki badan. Bagi mencuci rambut pula. syampu kering digunakan. Ia merupakan sejenis tepung putih yang kasar diramas pada kulit kepala dan disikat. Ini dapat menyingkirkan bau dan kesan minyak dikepala untuk sementara waktu.

Pantang Larang Lain

    1. Adalah sangat penting bagi ibu selepas melahirkan mendapatkan rehat yang secukupnya sewaktu berpantang.  Jadi ibu berpantang tidak digalakkan untuk melakukan sebarang kerja-kerja berat.
    2. Berdiri terlalu lama akan menyebabkan ibu mengalami sakit belakang di hari tua.
    3. Aktiviti yang menyebabkan tumpuan lebih seperti menonton tv, dan membaca tidak digalakkan ini kerana semua kerana semua bahagian tubuh memerlukan rehat secukupnya.
     

 KAEDAH BERPANTANG BUDAYA INDIA 

Tolak Buah Dan Sayur 

 

 

Sama seperti masyarakat cina, orang india juga melalui proses berpantang, iaitu selama 30 hari. Dalam tempoh sebulan, ibu berpantang boleh makan apa sahaja makanan yang boleh dimakan sebelum hamil. Namun begitu ibu berpantang perlu mengelakkan dari mengambil sebarang jenis sayur sayuran dan uga buah-buahan.

Menurut kepercayaan sesetengah kaum india, kedua jenis makanan ini boleh memberi kesan buruk kepada penghasilan susu ibu yang bakal diberikan kepada bayi. Selain itu dikhuatiri angin yang terkandung didalam makanan tersebut akan memasuki badan  seterusnya akan menyebabkan ibu jatuh sakit.

Dalam pada itu terdapat segelintir orang india mengamalkan makan jamu seperti amalan berpantang orang melayu. Namun begitu mereka menggunakan  beberapajenis rempah khas india untuk ibu berpantang. Masyarakat india dulunya lebih gemar membuat sendiri jamu tersebut. Namun masa kini , Kebanyakkan ibu mengambil alan mudah dengan membeli jamu yang sedia ada dipasaran. Jamu tersebut perlu diambil setiap hari,tiga kali sehari.

Dalam pantang orang india, ibu perlu minum sejenis minyak yang bewarna hitam, yang dihasilkan dari daun semambu. Walupun rasanya dikatakan pahit tetapi ia amat berkhasiat dan berkesan membersihkan kotoran didalam perut dan mengekalkan kepanasan.

Minyak ini perlu diminum 4 kali dalam tempoh sebulan (seminggu 1 kali sahaja). Selain diminum, minyak ini juga digunakkan untuk mengurut bahagian-bahagian tubuh ibu yang mengalami ketegangan dan kesakitan

Antara lain lagi, ibu perlu berbengkung  dengan menggunakan kain khas bagi memastikan perut dapat dikempiskan. Pada zaman dahulunya mereka menggunakan kain sari untuk berbengkung. tapi pada zaman moden ini, bengkung moden mudah untuk dibeli dipasaran. Tempoh permakaian bengkung ialah sepanjang hari sepanjang berpantang.

Bengkung hanya boleh dibuka ketika hendak mandi sahaja. Selesai mandi ibu perlu berbengkung kembali. Air mandian pula perlulah panas. Ini kerana menurut kepercayaan mereka, air mandian yang sejuk akan memudahkan tubuh dimasuki angin dan menjejaskan kesihatan tubuh dikemudian hari.

Amalan selepas 30 hari 

Selesai berpantang selama 30 hari, anda perlu mandi menggunakan beberapa jenis daun herba yang terkenal dikalangan orang india. Daun tersebut termasuklah daun semambu. Daun-daun tersebut dan direbus untuk dibuat air mandian. Hasilnya anda akan berasa segar selepas mandi dengan mandian tersebut.



Dalam pada itu, anda juga perlu melakukan kenduri kecil kecilan untuk menyambut si kecil. Ketika ini juga akan  diadakan majlis kenduri bagi memberi nama kepada bayi dan naik buaian. Setelah itu ibu, bayi serta ahli keluarga yang lain akan kekuil untuk mengadakan upacara sembahyang sebagai tanda kesyukuran.

Lain- lain pantang 

  1.  Dilarang keluar dari rumah, namun jika keadaan memaksa ibu perlu menyematkan paku atau benda-benda yang tajam di rambut untuk mengelakkan kecelakaan. Selain daripada itu, boleh juga gunakan serbuk arang yang diletakkan didalam beg tangan.
  2. Tidak boleh terlalu lama "bermain" air.
  3. Memotong rambut dalam tempoh berpantang. 







 Itulah sedikit sebanyak perbezaan dan ada juga persamaan kaedah ibu berpantang mengikut budaya. Setiap budaya mempunyai keunikannya yang tersendiri namun matlamatnya adalah satu untuk menjaga kesihatan ibu yang bersalin. Indahnya jika kita dapat mengikuti pantang dengan sebaiknya kerana dapat menjadikan badan kita sihat sempurna.


SET BERPANTANG SHAKLEE UNTUK IBU MODEN BERPANTANG CARA TRADISIONAL 

 

Bagi ibu yang mencari set berpantang yang senang, ringkas, selamat untuk ibu dan bayi serta kesan yang terbaik boleh mencuba set berpantang shaklee. Ia lengkap dengan zat dan nutrisi yang diperlukan untuk mengembalikan tenaga ibu, memulihkan luka serta membantu proses penyusuan ibu kepada bayi tersayang.




 
  Hubungi Mar untuk pembelian, konsultasi serta pertanyaan berkenaan produk shaklee

WHATSAPP/SMS/ CALL

013-9077157 

Ulasan

Catatan Popular